Langkau ke kandungan utama

Catatan

(page 10)

ramping yang kurang jelas itu. Rupa-rupanya Azila dan Sarah yang membawa santapan tengah hari buatnya.                “Assalamualaikom abah…”, sapa Azila dan adiknya.               “Waalaikomusalam. Mana mak? Tak ikut ke? ”, kata Haji Hashim.              “Mak peninglah abah. Mak kirim salam kata abah, katanya makan biar sampai licin”, kata Sarah sambil ketawa kecil.              “Agak-agak abah tak boleh habiskan. Koranglah kena habiskan. Jom makan sekali”, balas Haji Hashim.                  Di sebalik ketegasan beliau di madrasah dan di rumah, masih tersimpan kemesraan dan senyuman manis untuk anak-anak. Beginilah masa yang sering diluangka...
Catatan terbaharu

(page 9)

              K ehangatan peperiksaan SPM dapat dirasakan oleh semua pelajar terutama sekali Azila dan Farish kerana mereka merupakan antara 6 daripada pelajar harapan sekolah pada tahun ini. Guru-guru mula menyediakan pelbagai modul setebal kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bagi setiap subjek yang perlu dihadam dalam beberapa bulan yang masih berbaki.                  Kelas tambahan mula bertambah walaupun di hari cuti. Sudah pasti semua pelajar mengharapkan kejayaan di akhir usaha mereka tetapi siapa yang dapat menentukan usaha mereka akan membuahkan hasil? Ramai mereka yang berusaha sekeras mungkin sebelum ini tapi keputusan di akhirnya menghampakan.                  Di dalam kehidupan ini tiada istilah nasib kerana semuanya melangkah di atas ketentuanNya. Jika Ia berkehendak berjayanya...

(Page 8)

              “Selamat petang kepada juri kita pada hari ini yang sudah tentu adil dan saksama, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian. Pertama sekali ingin saya ucapkan terima kasih atas info yang diberi sebentar tadi oleh Azila. Tugas saya pada hari ini sebagai pembangkang dan penggulung perbahasan ini. Sudah tentu saya tidak bersetuju dengan hujah pencadang sebentar tadi. Suka saya mengingatkan sebuah hadis yang cukup familiar bermain di mulut kita. “Dari Hazrat Umar R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, terjemahannya Amal itu bergantung pada niat.” Ringkasnya amalan apa pun bergantung pada niatnya, kalau molek niatnya moleklah perbuatannya. Saya tidak merasakan aplikasi itu sendiri yang menjadi masalah. Masalah itu semua datangnya dari pengguna. Saya tidak merasakan media sosial ini sahaja hanyalah permainan barat sepertimana hujah pencadang sebentar tadi, sebaliknya televisyen, radio dan alat elektronik sebagainya merupakan...

(Page 7)

yang membawa faham kita perlu mendidik anak dari kecil lagi. Pandai lihat dan pandailah menilainya,” hujah pertama dari Maria yang duduk di kerusi pencadang.                “Akak Mydin ada halkum, Assalamualaikum. Terlajak motosikal boleh berundur, terlajak kata, ku tangankan nanti. Saya sebagai pihak pembangkang membangkang dua ratus peratus bahawasanya apa yang dihujahkan oleh Tuan puteri bijak bestari sebentar tadi kerana bukanlah disebabkan oleh aplikasi itu sendiri sebaliknya bergantung kepada pemakainya. Laman sosial ini dijadikan atas sebab menghubungkan kita dengan cara yang lebih mudah. Banyak berita-berita atau fakta-fakta yang disampaikan melalui laman sosial dapat membantu pengguna. Misalnya, kita dapat berhubung dengan saudara atau kenalan yang jauh. Dalam erti kata yang lain, merapatkan hubungan silaturrahim . Saya berani kerat 10 jari yang diberi tuhan kalau pihak pencadang sendiri tidak mempunyai ...

(Page 6)

              “Woi, sahabat! Kau termenung macam putus cinta tu apsal? “, kejut Zarul.                “Asal terserempak je,tak pernah nak bagi salam. Tahu sergah je…”, balas Farish dengan dahinya yang berkerut.                 “ Come on bro , macam sehari dua kenal aku…”, kata Zarul.                 Mereka berdua ketawa berdekah-dekah sambil Farish mengesat air mata syahdunya tadi. Zarul Luqman merupakan sahabat akrab Farish yang bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah dan sering mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan.                  Mereka mempunyai banyak persamaan sehingga ada yang menggelar mereka kembar tidak seiras. Perlaha...

(Page 5)

                 Lalu kedengaran azan asar berkumandang di corong-corong masjid memecah sepi suasana kampung itu pada senja yang mendung ini.                  Suara yang mendayu-dayu itu menimbulkan rasa takjub yang sukar didambarkan dalam hati seorang insan yang bernama hamba.                  Di kejauhan, terlihat beberapa remaja belasan tahun penghuni asrama Dato’ Maharajalela mula memenuhi musolla asrama itu bagai burung pulang ke sarang.                “Iqamat,iqamat…”               “ Allahu Akbar Allahu Akbar, Asyhadualailahailallah……..                 Lailah...

(Page 4)

              “Eleh, kau tu lain la. Maklumlah harapan sekolah”, sindir Aimar.               “Ke situ pulak, nawaitu aku nak membantu sekolah je”,katanya sambil mencuit tubuh Aimar yang kurus kering itu.                 Di dalam perjalanan pulang ke asrama, mereka singgah di sebuah warung berhampiran sekolah untuk menikmati keenakan jus mangga buatan mak cik Ani seorang pemilik warung tersebut yang sudah lama bermastautin di daerah itu.                  Farish dan Aimar duduk di meja berhampiran sebuah pokok. Beberapa ekor kucing menghampiri mereka lalu menggeser-geser pada betis kering mereka berdua. Melompat Aimar dibuatnya kerana Aimar merupakan manusia yang aichmophobia atau dalam kata lain takut kucing. Berdekah-dekah ...