“Woi, sahabat! Kau termenung
macam putus cinta tu apsal? “, kejut Zarul.
“Asal terserempak je,tak pernah nak bagi salam. Tahu sergah je…”, balas Farish dengan dahinya yang berkerut.
“Come on bro, macam sehari dua kenal aku…”, kata Zarul.
Mereka berdua ketawa
berdekah-dekah sambil Farish mengesat air mata syahdunya tadi. Zarul Luqman
merupakan sahabat akrab Farish yang bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum di
sekolah dan sering mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan.
Mereka mempunyai banyak
persamaan sehingga ada yang menggelar mereka kembar tidak seiras.
Perlahan-lahan Farish melangkah pulang ke rumah sewanya ditemani Zarul hingga
ke pagar asrama.
Keesokan
paginya, seawal ayam berkokok Farish bersiap seperti kebiasaan untuk ke sekolah
kerana pada pagi ini guru kelas tingkatan 5 Ibnu Batutah mengadakan
pertandingan debat secara berkumpulan. Farish mengatur strategi dengan
mengambil Zarul dan Aimar sebagai ahli kumpulannya.
Baginya, ini akan menambahkan
lagi kekuatannya untuk berhujah. Kebijaksanaan mereka jelas membuatkan pihak
saingan mereka gerun untuk berhujah tambahan pula kalau perbahasan dalam
konteks keagamaan dan kemasyarakatan.
“Kelas, tajuk perbahasan pada
hari ini ialah penggunaan laman sosial seperti ‘Facebook’ banyak mendatangkan
keburukan berbanding kebaikan ”, tajuk ini akan saya berikan kepada kumpulan A
yang diketuai oleh Azura Hashim dan rakannya sebagai pencadang. Kumpulan B yang
diketuai oleh Farish Shamil sebagai pembangkang. Masa yang diberikan untuk
setiap hujah tidak boleh melebihi 5 minit bagi setiap seorang tidak kira
pencadang mahupun pembangkang. Sebarang celahan idea ketika pihak lawan
berhujah, hendaklah di sertai dengan lafaz, ‘izin laluan’, barulah anda boleh
mencelah hujah anda. Perbahasan ini dibahaskan ala parlimen. Farish akan
menggulung perbahasan pada akhir nanti. Faham semua?”, terang Puan Hamidah.
“Faham cikgu!”, sahut warga 5 Ibnu
Batutah.
Assalamualaikum sahabat semua. Saya mengharapkan sebarang ulasan atau maklumbalas dari pembaca berkaitan karangan saya bolehlah disudahkan di ruangan ulasan ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca karangan saya.
BalasPadamSemoga sahabat semua berada di dalam keadaan baik dan selamat.