Langkau ke kandungan utama

(Page 6)

              “Woi, sahabat! Kau termenung macam putus cinta tu apsal? “, kejut Zarul.
               “Asal terserempak je,tak pernah nak bagi salam. Tahu sergah je…”, balas Farish dengan dahinya yang berkerut.

                “Come on bro, macam sehari dua kenal aku…”, kata Zarul.
                Mereka berdua ketawa berdekah-dekah sambil Farish mengesat air mata syahdunya tadi. Zarul Luqman merupakan sahabat akrab Farish yang bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah dan sering mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan.

                 Mereka mempunyai banyak persamaan sehingga ada yang menggelar mereka kembar tidak seiras. Perlahan-lahan Farish melangkah pulang ke rumah sewanya ditemani Zarul hingga ke pagar asrama.
                Keesokan paginya, seawal ayam berkokok Farish bersiap seperti kebiasaan untuk ke sekolah kerana pada pagi ini guru kelas tingkatan 5 Ibnu Batutah mengadakan pertandingan debat secara berkumpulan. Farish mengatur strategi dengan mengambil Zarul dan Aimar sebagai ahli kumpulannya.

                Baginya, ini akan menambahkan lagi kekuatannya untuk berhujah. Kebijaksanaan mereka jelas membuatkan pihak saingan mereka gerun untuk berhujah tambahan pula kalau perbahasan dalam konteks keagamaan dan kemasyarakatan.

               “Kelas, tajuk perbahasan pada hari ini ialah penggunaan laman sosial seperti ‘Facebook’ banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan ”, tajuk ini akan saya berikan kepada kumpulan A yang diketuai oleh Azura Hashim dan rakannya sebagai pencadang. Kumpulan B yang diketuai oleh Farish Shamil sebagai pembangkang. Masa yang diberikan untuk setiap hujah tidak boleh melebihi 5 minit bagi setiap seorang tidak kira pencadang mahupun pembangkang. Sebarang celahan idea ketika pihak lawan berhujah, hendaklah di sertai dengan lafaz, ‘izin laluan’, barulah anda boleh mencelah hujah anda. Perbahasan ini dibahaskan ala parlimen. Farish akan menggulung perbahasan pada akhir nanti. Faham semua?”, terang Puan Hamidah.

               “Faham cikgu!”, sahut warga 5 Ibnu Batutah.

               “Salam sejahtera kepada semua yang sudi berada dalam majlis yang serba indah ini. Tajuk perbahasan saya pada hari ini penggunaan laman sosial mendatangkan banyak keburukan berbanding kebaikan kerana pada hari ini laman sosial banyak mendedahkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya kepada kanak-kanak seawal usia 7 tahun. Kanak-kanak sudah berkelayakan untuk memiliki akaun sebagai pengguna. Bayangkan tanpa sebarang pengawasan dari ibu bapa, sudah tentu mereka hanyut bercorakkan perkara-perkara negatif. Mulalah timbul kes rosak akhlak dan sebagainya. Kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebungnya,

Ulasan

  1. Assalamualaikum sahabat semua. Saya mengharapkan sebarang ulasan atau maklumbalas dari pembaca berkaitan karangan saya bolehlah disudahkan di ruangan ulasan ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca karangan saya.
    Semoga sahabat semua berada di dalam keadaan baik dan selamat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

(page 10)

ramping yang kurang jelas itu. Rupa-rupanya Azila dan Sarah yang membawa santapan tengah hari buatnya.                “Assalamualaikom abah…”, sapa Azila dan adiknya.               “Waalaikomusalam. Mana mak? Tak ikut ke? ”, kata Haji Hashim.              “Mak peninglah abah. Mak kirim salam kata abah, katanya makan biar sampai licin”, kata Sarah sambil ketawa kecil.              “Agak-agak abah tak boleh habiskan. Koranglah kena habiskan. Jom makan sekali”, balas Haji Hashim.                  Di sebalik ketegasan beliau di madrasah dan di rumah, masih tersimpan kemesraan dan senyuman manis untuk anak-anak. Beginilah masa yang sering diluangka...

Sinopsis (page 1)

             Farish Shamil memutuskan ikatan pertunangannya bersama Azila Hashim  yang setelah kehadiran sahabat karibnya Zarul Luqman yang turut menyimpan perasaan terhadap Azila. Farish berusaha menjernihkan keadaan dengan merahsiakan hal pertunangannya yang kian meretak itu daripada keluarga Haji Hashim.             Pelbagai kaedah telah digunakan Farish untuk menyatukan bekas tunangnya dan sahabat karibnya.  Kemelut percintaan dan persahabatan yang di alaminya membuatkan Farish mengorbankan perhubungannya yang sekian lamanya menjadi sebuah sejarah silam.  “Kisah yang lalu menjadi pengajaran yang bermakna buat kita. Kini, kita hanya ditakrifkan sebagai seorang sahabat. Walaupun begitu aku akan sentiasa ada untuk kau. Aku mahu kau tahu yang aku hargai segala pengorbanan kau di atas cinta ini dan inilah masanya aku berkorban demi menyatukan kau dan dia. Kisah ini bukan sekada...

(Page 3)

                  Sejak dari awal persekolahan lagi mereka merupakan sahabat karib yang sering bersama ke mana-mana sahaja. Namun begitu, Aimar bukanlah sahaja kawan yang Farish ada. Malah ramai lagi kawan yang akrab kerana sifatnya mudah mesra dan peramah.                  Tidak hairanlah sekiranya anak muda ini memiliki ramai kawan kerana sifat murninya membuatkan rakan di sekelilingnya berasa selesa mendekatinya.                 Farish merupakan seorang penuntut di sebuah sekolah menengah berasrama di Taiping, Perak yang dulunya pernah di jadikan pesantren masyarakat di situ. Sekolah ini merupakan sekolah menengah yang ke dua buatnya setelah 4 tahun menuntut di sebuah madrasah di Gontor, Indonesia.              ...