Langkau ke kandungan utama

(page 10)

ramping yang kurang jelas itu. Rupa-rupanya Azila dan Sarah yang membawa santapan tengah hari buatnya.

               “Assalamualaikom abah…”, sapa Azila dan adiknya.
              “Waalaikomusalam. Mana mak? Tak ikut ke? ”, kata Haji Hashim.
             “Mak peninglah abah. Mak kirim salam kata abah, katanya makan biar sampai licin”, kata Sarah sambil ketawa kecil.
             “Agak-agak abah tak boleh habiskan. Koranglah kena habiskan. Jom makan sekali”, balas Haji Hashim.

                 Di sebalik ketegasan beliau di madrasah dan di rumah, masih tersimpan kemesraan dan senyuman manis untuk anak-anak. Beginilah masa yang sering diluangkan bersama anak-anaknya, tambahan pula Sarah yang sudah mula cuti sekolah dan Azila pula yang diberi cuti untuk memohon restu daripada abah dan emaknya sebelum menjelangnya peperiksaan SPM tidak lama lagi. Azila yang memandang gelagat mesra abah dan adiknya itu tersenyum sedirian.

                 Selesai solat berjemaah, mereka mengemas semula barang-barang untuk pulang ke rumah. Sepanjang dalam perjalanan pulang ke rumah, Haji hashim sempat bertanyakan tentang pelajaran dan keperluan kedua-dua anaknya itu di sekolah. Kemesraan seorang bapa dapat terpapar di wajah beliau. Menjadi pelepas rindu mereka yang jarang bersama di rumah.

               “Assalamualikom…”
              “Walaikomusalam, no sape ni ehh?”
               “Hehe… Farish ni.”
               “Mane kau dapat nombor ni?”
               “Aku mintak dari Sarah.”

                  Azila terus mencuit bahu Sarah di sebalahnya lalu menunjukkan mesej di whatsapp nya. Wajah ceria Azila bertukar marah akibat nombor telefonnya terlepas ke tangan lelaki. Azila memang pantang kalau mana-mana lelaki yang dikenali atau tidak menghubunginya.

                  Sarah pula selalu berhubung dengan dengan Farish kerana Farish merupakan mentor kepada Sarah dalam program Mentor-Menti di sekolah. Azila merampas semula telefonnya di tangan Sarah.

                 “Kenapa Farish?”
                 “Sori ganggu wehh, aku nak bagitau je... Minggu depan kita ada prog kat Kota Lama                             Kanan, Kuala Kangsar”.
                 “Prog apa plak da?”.
                 “Polish Your English, fasinye cikgu Dayang…”

Ulasan

  1. Assalamualaikum sahabat semua. Saya mengharapkan sebarang ulasan atau maklumbalas dari pembaca berkaitan karangan saya bolehlah disudahkan di ruangan ulasan ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca karangan saya.
    Semoga sahabat semua berada di dalam keadaan baik dan selamat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis (page 1)

             Farish Shamil memutuskan ikatan pertunangannya bersama Azila Hashim  yang setelah kehadiran sahabat karibnya Zarul Luqman yang turut menyimpan perasaan terhadap Azila. Farish berusaha menjernihkan keadaan dengan merahsiakan hal pertunangannya yang kian meretak itu daripada keluarga Haji Hashim.             Pelbagai kaedah telah digunakan Farish untuk menyatukan bekas tunangnya dan sahabat karibnya.  Kemelut percintaan dan persahabatan yang di alaminya membuatkan Farish mengorbankan perhubungannya yang sekian lamanya menjadi sebuah sejarah silam.  “Kisah yang lalu menjadi pengajaran yang bermakna buat kita. Kini, kita hanya ditakrifkan sebagai seorang sahabat. Walaupun begitu aku akan sentiasa ada untuk kau. Aku mahu kau tahu yang aku hargai segala pengorbanan kau di atas cinta ini dan inilah masanya aku berkorban demi menyatukan kau dan dia. Kisah ini bukan sekada...

(Page 3)

                  Sejak dari awal persekolahan lagi mereka merupakan sahabat karib yang sering bersama ke mana-mana sahaja. Namun begitu, Aimar bukanlah sahaja kawan yang Farish ada. Malah ramai lagi kawan yang akrab kerana sifatnya mudah mesra dan peramah.                  Tidak hairanlah sekiranya anak muda ini memiliki ramai kawan kerana sifat murninya membuatkan rakan di sekelilingnya berasa selesa mendekatinya.                 Farish merupakan seorang penuntut di sebuah sekolah menengah berasrama di Taiping, Perak yang dulunya pernah di jadikan pesantren masyarakat di situ. Sekolah ini merupakan sekolah menengah yang ke dua buatnya setelah 4 tahun menuntut di sebuah madrasah di Gontor, Indonesia.              ...