ramping yang kurang jelas itu.
Rupa-rupanya Azila dan Sarah yang membawa santapan tengah hari buatnya.
“Assalamualaikom abah…”, sapa
Azila dan adiknya.
“Waalaikomusalam. Mana mak? Tak
ikut ke? ”, kata Haji Hashim.
“Mak peninglah abah. Mak kirim
salam kata abah, katanya makan biar sampai licin”, kata Sarah sambil ketawa
kecil.
“Agak-agak abah tak boleh
habiskan. Koranglah kena habiskan. Jom makan sekali”, balas Haji Hashim.
Di sebalik ketegasan beliau di
madrasah dan di rumah, masih tersimpan kemesraan dan senyuman manis untuk
anak-anak. Beginilah masa yang sering diluangkan bersama anak-anaknya, tambahan
pula Sarah yang sudah mula cuti sekolah dan Azila pula yang diberi cuti untuk
memohon restu daripada abah dan emaknya sebelum menjelangnya peperiksaan SPM tidak
lama lagi. Azila yang memandang gelagat mesra abah dan adiknya itu tersenyum
sedirian.
Selesai solat berjemaah,
mereka mengemas semula barang-barang untuk pulang ke rumah. Sepanjang dalam
perjalanan pulang ke rumah, Haji hashim sempat bertanyakan tentang pelajaran
dan keperluan kedua-dua anaknya itu di sekolah. Kemesraan seorang bapa dapat
terpapar di wajah beliau. Menjadi pelepas rindu mereka yang jarang bersama di
rumah.
“Assalamualikom…”
“Walaikomusalam, no sape ni ehh?”
“Hehe… Farish ni.”
“Mane kau dapat nombor ni?”
“Aku mintak dari Sarah.”
“Walaikomusalam, no sape ni ehh?”
“Hehe… Farish ni.”
“Mane kau dapat nombor ni?”
“Aku mintak dari Sarah.”
Azila terus mencuit bahu
Sarah di sebalahnya lalu menunjukkan mesej di whatsapp nya. Wajah ceria Azila bertukar marah akibat nombor
telefonnya terlepas ke tangan lelaki. Azila memang pantang kalau mana-mana
lelaki yang dikenali atau tidak menghubunginya.
Sarah pula selalu berhubung dengan
dengan Farish kerana Farish merupakan mentor kepada Sarah dalam program
Mentor-Menti di sekolah. Azila merampas semula telefonnya di tangan Sarah.
“Sori ganggu wehh, aku nak bagitau je... Minggu depan kita ada prog kat Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar”.
“Prog apa plak da?”.
“Polish Your English, fasinye cikgu Dayang…”
Assalamualaikum sahabat semua. Saya mengharapkan sebarang ulasan atau maklumbalas dari pembaca berkaitan karangan saya bolehlah disudahkan di ruangan ulasan ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca karangan saya.
BalasPadamSemoga sahabat semua berada di dalam keadaan baik dan selamat