“Eleh, kau tu lain la. Maklumlah
harapan sekolah”, sindir Aimar.
“Ke situ pulak, nawaitu aku nak
membantu sekolah je”,katanya sambil mencuit tubuh Aimar yang kurus kering itu.
Di dalam perjalanan pulang ke
asrama, mereka singgah di sebuah warung berhampiran sekolah untuk menikmati
keenakan jus mangga buatan mak cik Ani seorang pemilik warung tersebut yang
sudah lama bermastautin di daerah itu.
Farish dan Aimar duduk di meja
berhampiran sebuah pokok. Beberapa ekor kucing menghampiri mereka lalu
menggeser-geser pada betis kering mereka berdua. Melompat Aimar dibuatnya
kerana Aimar merupakan manusia yang aichmophobia
atau dalam kata lain takut kucing. Berdekah-dekah Farish ketawa melihat Aimar
yang bercangkung di atas kerusi. Di sebabkan makanan telah sampai, Farish
mengalihkan kucing tersebut jauh dari mereka.
“Dah lah… Kau ni memalukan je,
turun! Makan!”, kata Farish yang tidak henti ketawa.
Mereka terus menjamah hidangan
yang dipesan. Merah muka Aimar dibuatnya. Tiba-tiba terdengar suara menyentak
mereka berdua. Gugup jantung dua bersahabat itu. Rupa-rupanya Ustaz Burhan yang
turut singgah di situ untuk santapan tengah harinya.
“Ustaz buat apa kat sini?”,
serentak mereka bertanya.
“Ish, hangpa ni…Ustaz mai sini
nak makan la, takkan nak basuh kereta pulak”, jawab Ustaz Burhan yang berkopiah
putih itu.
“Hahaha…sori ustaz. Jemput minum,
kami baru je balik dari latihan perbahasan ni”, jawab Farish sambil tersengih.
“Oh, baguslah. Banyakkan berdoa
agar hati kamu tenang waktu pertandingan nanti. Masih ingatkan doa yang ustaz
ajar untuk menenangkan hati? Kamu baca 3 Qul, banyakkan berselawat dan
sampaikan dengan niat nak menyebarkan ilmu Allah. Insyaallah kamu dapat the
best result!”.
“Jazakallahu
khairan kasiran ustaz,
Insyaallah ustaz, saya akan jadikan amalan”.
Insyaallah ustaz, saya akan jadikan amalan”.
Ustaz Burhan berlalu setelah
makanan yang dipesannya siap. Farish dan Aimar sempat bersalaman dengan Ustaz.
Warung
kelihatan lengang seperti tanah perkuburan kerana ramai pelanggan yang mula
beredar untuk pulang ke rumah masing-masing. Mereka pun turut pulang ke asrama
untuk menunaikan solat fardhu maghrib yang bakal berlangsung.
Assalamualaikum sahabat semua. Saya mengharapkan sebarang ulasan atau maklumbalas dari pembaca berkaitan karangan saya bolehlah disudahkan di ruangan ulasan ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca karangan saya.
BalasPadamSemoga sahabat semua berada di dalam keadaan baik dan selamat.