Langkau ke kandungan utama

(Page 7)

yang membawa faham kita perlu mendidik anak dari kecil lagi. Pandai lihat dan pandailah menilainya,” hujah pertama dari Maria yang duduk di kerusi pencadang.

               “Akak Mydin ada halkum, Assalamualaikum. Terlajak motosikal boleh berundur, terlajak kata, ku tangankan nanti. Saya sebagai pihak pembangkang membangkang dua ratus peratus bahawasanya apa yang dihujahkan oleh Tuan puteri bijak bestari sebentar tadi kerana bukanlah disebabkan oleh aplikasi itu sendiri sebaliknya bergantung kepada pemakainya. Laman sosial ini dijadikan atas sebab menghubungkan kita dengan cara yang lebih mudah. Banyak berita-berita atau fakta-fakta yang disampaikan melalui laman sosial dapat membantu pengguna. Misalnya, kita dapat berhubung dengan saudara atau kenalan yang jauh. Dalam erti kata yang lain, merapatkan hubungan silaturrahim. Saya berani kerat 10 jari yang diberi tuhan kalau pihak pencadang sendiri tidak mempunyai sebarang akaun di laman sosial terutama sekali facebook. Cap jari, mesti ada punya! Apa pula sebab anda sendiri mendaftar sebagai pengguna? Sekian dari saya,” Zarul membalas hujah perbahasan pertama.

               Seterusnya masa yang di tunggu-tunggu oleh semua pelajar ialah perbahasan di antara daripada Azila dan Farish kerana mereka ini diibaratkan bagai anjing dan kucing. Sering bertekak dan tidak pernah bersependapat dalam setiap perkara terutamanya isu semasa.

               Semua pelajar menumpukan sepenuh perhatian dan Puan Hamidah mengeluarkan telefon pintarnya lalu merakam perbahasan mereka. Kelas mula sunyi tanpa suara. Ada yang mengeluarkan pen dan buku nota untuk mencatit hujah perbahasan mereka berdua.    
  
             “Assalamualaikum pembuka bicara, saya Azila Hashim ingin membicarakan permasalahan berkaitan dengan laman sosial mendatangkan banyak keburukan berbanding kebaikan kerana sesiapa sahaja bebas mengiklankan apa-apa sahaja tanpa sebarang sekatan. Kita seringkali mendengar perkataan ‘dunia tanpa sempadan atau dunia tanpa halangan’ yang tertera di media-media berkaitan dengan laman sosial. Ini membuktikan sesiapa sahaja bebas menyalurkan sebarang maklumat yang tidak sahih kepada pengguna-pengguna lain yang menyebabkan ‘viral’ iaitu tersebar luas sehingga mengaibkan orang lain. Selain itu, berapa banyak pula kita mendengar kes-kes gangguan seksual di media sosial. Mereka juga menggunakan alasan yang sama iaitu ingin merapatkan silaturrahim. Aplikasi ini seolah-olah sesuatu yang penting untuk meneruskan kehidupan walhal di zaman dahulu tidak menjadi masalah untuk berhubung walaupun tanpa internet. Jangan mudah mudah terpedaya dengan permainan barat yang hanya menampakkan kelebihan tetapi menyembunikan keburukan.  Sekian hujah saya.”, hujah dari Azila yang cukup mantap.

               Semua pelajar menepuk tangan dengan gemuruh sambil menyorak nama Azila. Kini, tibalah masa hujah daripada Farish. Farish melontarkan senyuman sinis ke arah pihak pencadang sambil membetulkan songkok di kepalanya.


               Sorakkan dari para penonton yang terdiri dari pelajar dan guru-guru mula reda dan keadaan menjadi tegang apabila Farish mula membuka mulut.

Ulasan

  1. Pada malam ini, saya update 2 page terus di atas permintaan ninamanja97@gmail.com. Terima kasih kerana sudi mengikuti perkembangan novel ini. Alhamdulillah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

(page 10)

ramping yang kurang jelas itu. Rupa-rupanya Azila dan Sarah yang membawa santapan tengah hari buatnya.                “Assalamualaikom abah…”, sapa Azila dan adiknya.               “Waalaikomusalam. Mana mak? Tak ikut ke? ”, kata Haji Hashim.              “Mak peninglah abah. Mak kirim salam kata abah, katanya makan biar sampai licin”, kata Sarah sambil ketawa kecil.              “Agak-agak abah tak boleh habiskan. Koranglah kena habiskan. Jom makan sekali”, balas Haji Hashim.                  Di sebalik ketegasan beliau di madrasah dan di rumah, masih tersimpan kemesraan dan senyuman manis untuk anak-anak. Beginilah masa yang sering diluangka...

Sinopsis (page 1)

             Farish Shamil memutuskan ikatan pertunangannya bersama Azila Hashim  yang setelah kehadiran sahabat karibnya Zarul Luqman yang turut menyimpan perasaan terhadap Azila. Farish berusaha menjernihkan keadaan dengan merahsiakan hal pertunangannya yang kian meretak itu daripada keluarga Haji Hashim.             Pelbagai kaedah telah digunakan Farish untuk menyatukan bekas tunangnya dan sahabat karibnya.  Kemelut percintaan dan persahabatan yang di alaminya membuatkan Farish mengorbankan perhubungannya yang sekian lamanya menjadi sebuah sejarah silam.  “Kisah yang lalu menjadi pengajaran yang bermakna buat kita. Kini, kita hanya ditakrifkan sebagai seorang sahabat. Walaupun begitu aku akan sentiasa ada untuk kau. Aku mahu kau tahu yang aku hargai segala pengorbanan kau di atas cinta ini dan inilah masanya aku berkorban demi menyatukan kau dan dia. Kisah ini bukan sekada...

(Page 3)

                  Sejak dari awal persekolahan lagi mereka merupakan sahabat karib yang sering bersama ke mana-mana sahaja. Namun begitu, Aimar bukanlah sahaja kawan yang Farish ada. Malah ramai lagi kawan yang akrab kerana sifatnya mudah mesra dan peramah.                  Tidak hairanlah sekiranya anak muda ini memiliki ramai kawan kerana sifat murninya membuatkan rakan di sekelilingnya berasa selesa mendekatinya.                 Farish merupakan seorang penuntut di sebuah sekolah menengah berasrama di Taiping, Perak yang dulunya pernah di jadikan pesantren masyarakat di situ. Sekolah ini merupakan sekolah menengah yang ke dua buatnya setelah 4 tahun menuntut di sebuah madrasah di Gontor, Indonesia.              ...