Langkau ke kandungan utama

(Page 8)

              “Selamat petang kepada juri kita pada hari ini yang sudah tentu adil dan saksama, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian. Pertama sekali ingin saya ucapkan terima kasih atas info yang diberi sebentar tadi oleh Azila. Tugas saya pada hari ini sebagai pembangkang dan penggulung perbahasan ini. Sudah tentu saya tidak bersetuju dengan hujah pencadang sebentar tadi. Suka saya mengingatkan sebuah hadis yang cukup familiar bermain di mulut kita. “Dari Hazrat Umar R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, terjemahannya Amal itu bergantung pada niat.” Ringkasnya amalan apa pun bergantung pada niatnya, kalau molek niatnya moleklah perbuatannya. Saya tidak merasakan aplikasi itu sendiri yang menjadi masalah. Masalah itu semua datangnya dari pengguna. Saya tidak merasakan media sosial ini sahaja hanyalah permainan barat sepertimana hujah pencadang sebentar tadi, sebaliknya televisyen, radio dan alat elektronik sebagainya merupakan permainan barat. Saya berharap tak ada orang lain berpikiran seperti pencadang. Kalau ada, bertambah mundurlah negara kita. Saya ingin membuat kesimpulan, teknologi ini sebenarnya telah banyak menyumbang terhadap ekonomi dan sosial di negara kita. Jangan pula kita keruhkan dengan menyalahgunakan teknologi yang ada. Sebaliknya jadikan semua ini sebagai medan untuk kita menyebar kebaikan dan dakwah. Itu sahaja daripada saya, terima kasih. Farish mengakhiri perbahasannya.
     
                Para juri yang dilantik mula berbincang antara satu sama lain. Dari riak wajah mereka kelat kerana sukar untuk menetukan kumpulan yang manakah akan memenangi perbahasan itu.

              “Terima kasih kepada perbahas kita. Secara rawaknya yang boleh kita dapat dari kedua-dua kumpulan tadi. Azila, fakta yang awak bagi tadi bernas dan padat tetapi masih banyak yang perlu diperbetulkan dari segi intonasi dan lengguk suara. Ya, tak saya nafikan perbahasan amat memerlukan idea yang cukup mantap untuk berhujah tetapi hujah yang mantap itu perlu ditegaskan dengan nada mengikut kesesuian. Farish, saya suka lontaran suara awak, begitu juga Zarul walaupun isi serta informasi kamu berdua masih lagi kurang. Saya mintak sangat-sangat agar pembahas tidak memasukkan sebarang dalil dari ayat Al-Quran atau Hadis. Pertama sekali, kita menjaga adab perabahasan kita mungkin kerana pendengar mewakili yang bukan beragama Islam. Itu yang utama sekali kita perlu jaga tambahan lagi perbahasan bertajuk umum. Yang kedua, cuba kamu semua bayangkan kalau hujah kamu bersama dalil itu dibangkang oleh pihak lawan? Walaupun dalil itu menepati hujah tapi akan membuatkan dalil itu dipersalahkan. Pada kali ini kemenangan berpihak kepada Azila dan Amira, tahniah! Kepada Farish dan Zarul, kamu berdua harus perbaiki lagi.” kata cikgu Nadia yang menjadi wakil kepada juri-juri yang lain.

                “Terima kasih cikgu,” balas Farish dan Azila sambil mengemas kertas catatan mereka.
                  Tidak sengaja Farish menoleh ke arah Azila yang bertentangan dengannya. Farish terus menundukkan pandangannya. Bukan soal menjaga pandangan tapi malu akan Azila Hashim yang kecil molek itu. Sementara rakan yang lain masih riuh bertepuk tangan.


                  Sempat juga mulut Farish terkumat-kamit mengeluarkan perkataan tahniah buat Azila dan kumpulan. Zarul yang berada di sebelah, melihat riaksi mereka berdua lalu tersenyum kecil.

Ulasan

  1. Assalamualaikum sahabat semua. Saya mengharapkan sebarang ulasan atau maklumbalas dari pembaca berkaitan karangan saya bolehlah disudahkan di ruangan ulasan ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca karangan saya.
    Semoga sahabat semua berada di dalam keadaan baik dan selamat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

(page 10)

ramping yang kurang jelas itu. Rupa-rupanya Azila dan Sarah yang membawa santapan tengah hari buatnya.                “Assalamualaikom abah…”, sapa Azila dan adiknya.               “Waalaikomusalam. Mana mak? Tak ikut ke? ”, kata Haji Hashim.              “Mak peninglah abah. Mak kirim salam kata abah, katanya makan biar sampai licin”, kata Sarah sambil ketawa kecil.              “Agak-agak abah tak boleh habiskan. Koranglah kena habiskan. Jom makan sekali”, balas Haji Hashim.                  Di sebalik ketegasan beliau di madrasah dan di rumah, masih tersimpan kemesraan dan senyuman manis untuk anak-anak. Beginilah masa yang sering diluangka...

Sinopsis (page 1)

             Farish Shamil memutuskan ikatan pertunangannya bersama Azila Hashim  yang setelah kehadiran sahabat karibnya Zarul Luqman yang turut menyimpan perasaan terhadap Azila. Farish berusaha menjernihkan keadaan dengan merahsiakan hal pertunangannya yang kian meretak itu daripada keluarga Haji Hashim.             Pelbagai kaedah telah digunakan Farish untuk menyatukan bekas tunangnya dan sahabat karibnya.  Kemelut percintaan dan persahabatan yang di alaminya membuatkan Farish mengorbankan perhubungannya yang sekian lamanya menjadi sebuah sejarah silam.  “Kisah yang lalu menjadi pengajaran yang bermakna buat kita. Kini, kita hanya ditakrifkan sebagai seorang sahabat. Walaupun begitu aku akan sentiasa ada untuk kau. Aku mahu kau tahu yang aku hargai segala pengorbanan kau di atas cinta ini dan inilah masanya aku berkorban demi menyatukan kau dan dia. Kisah ini bukan sekada...

(Page 3)

                  Sejak dari awal persekolahan lagi mereka merupakan sahabat karib yang sering bersama ke mana-mana sahaja. Namun begitu, Aimar bukanlah sahaja kawan yang Farish ada. Malah ramai lagi kawan yang akrab kerana sifatnya mudah mesra dan peramah.                  Tidak hairanlah sekiranya anak muda ini memiliki ramai kawan kerana sifat murninya membuatkan rakan di sekelilingnya berasa selesa mendekatinya.                 Farish merupakan seorang penuntut di sebuah sekolah menengah berasrama di Taiping, Perak yang dulunya pernah di jadikan pesantren masyarakat di situ. Sekolah ini merupakan sekolah menengah yang ke dua buatnya setelah 4 tahun menuntut di sebuah madrasah di Gontor, Indonesia.              ...