Kehangatan peperiksaan
SPM dapat dirasakan oleh semua pelajar terutama sekali Azila dan Farish kerana
mereka merupakan antara 6 daripada pelajar harapan sekolah pada tahun ini.
Guru-guru mula menyediakan pelbagai modul setebal kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka bagi setiap subjek yang perlu dihadam dalam beberapa bulan yang masih
berbaki.
Kelas tambahan mula bertambah walaupun di hari
cuti. Sudah pasti semua pelajar mengharapkan kejayaan di akhir usaha mereka tetapi
siapa yang dapat menentukan usaha mereka akan membuahkan hasil? Ramai mereka
yang berusaha sekeras mungkin sebelum ini tapi keputusan di akhirnya menghampakan.
Di dalam kehidupan ini tiada
istilah nasib kerana semuanya melangkah di atas ketentuanNya. Jika Ia
berkehendak berjayanya seseorang itu maka berjayalah hamba itu begitu juga
sebaliknya. Itulah iradat tuhan.
Dalam kehangatan mentari pagi,
Haji Hashim keluar ke kebun duriannya untuk memantau keadaan sekeliling di
kebun duriannya. Keistimewaan duriannya ialah durian yang tidak bermusim dan
berbuah dengan lebat.
Hasil tanamnya bukanlah untuk
dijual sebaliknya diagihkan kepada jiran-jiran dan selebihnya diberikan kepada
ahli keluarga. Bapa pada enam orang anak ini merupakan seorang mudir di sebuah
Madrasah di Trong.
Selain kerjayanya sebagai
seorang guru dan pemilik dusun durian green
bamboo yang popular di daerah itu, dia merupakan pemilik produk Rimba Herb
atau lebih dikenali sebagai Herba Rimba yang kini kian laris di pasaran dalam
dan luar negara.
Satu persatu peralatan berkebun
dikeluarkan dari boot kenderaan pacuaan 4 rodanya itu. Haji Hashim kebiasaanya
ke kebun seorang diri kerana kesemua anaknya sibuk bekerja dan belajar. Azila
dan adiknya, Sarah yang belajar berhampiran dengan mereka.
Kerja menyapu dedaun kering
yang bertaburan di atas tanah diteruskan menjelang ba’da lohor. Cuaca panas mulai mengeringkan tekak Haji Hashim.
Peluh yang mencurah-curah membasahi baju pagoda berwarna putih itu. Terlantar
beliau kepenatan di sebuah bangsal yang dijadikan tempat beristirahat dan solat.
Assalamualaikum sahabat semua. Saya mengharapkan sebarang ulasan atau maklumbalas dari pembaca berkaitan karangan saya bolehlah disudahkan di ruangan ulasan ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca karangan saya.
BalasPadamSemoga sahabat semua berada di dalam keadaan baik dan selamat
Page ini sepatutnya semalam saya update, oleh kerana ada beberapa urusan diluar, page ini saya masukkan pada hari ini. (31/10/2017).
BalasPadamMaaf di atas sebarang kesulitan.