Langkau ke kandungan utama

(page 9)

             Kehangatan peperiksaan SPM dapat dirasakan oleh semua pelajar terutama sekali Azila dan Farish kerana mereka merupakan antara 6 daripada pelajar harapan sekolah pada tahun ini. Guru-guru mula menyediakan pelbagai modul setebal kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bagi setiap subjek yang perlu dihadam dalam beberapa bulan yang masih berbaki.

                 Kelas tambahan mula bertambah walaupun di hari cuti. Sudah pasti semua pelajar mengharapkan kejayaan di akhir usaha mereka tetapi siapa yang dapat menentukan usaha mereka akan membuahkan hasil? Ramai mereka yang berusaha sekeras mungkin sebelum ini tapi keputusan di akhirnya menghampakan.

                 Di dalam kehidupan ini tiada istilah nasib kerana semuanya melangkah di atas ketentuanNya. Jika Ia berkehendak berjayanya seseorang itu maka berjayalah hamba itu begitu juga sebaliknya. Itulah iradat tuhan.

                 Dalam kehangatan mentari pagi, Haji Hashim keluar ke kebun duriannya untuk memantau keadaan sekeliling di kebun duriannya. Keistimewaan duriannya ialah durian yang tidak bermusim dan berbuah dengan lebat.

                 Hasil tanamnya bukanlah untuk dijual sebaliknya diagihkan kepada jiran-jiran dan selebihnya diberikan kepada ahli keluarga. Bapa pada enam orang anak ini merupakan seorang mudir di sebuah Madrasah di Trong.

                 Selain kerjayanya sebagai seorang guru dan pemilik dusun durian green bamboo yang popular di daerah itu, dia merupakan pemilik produk Rimba Herb atau lebih dikenali sebagai Herba Rimba yang kini kian laris di pasaran dalam dan luar negara.

                 Satu persatu peralatan berkebun dikeluarkan dari boot kenderaan pacuaan 4 rodanya itu. Haji Hashim kebiasaanya ke kebun seorang diri kerana kesemua anaknya sibuk bekerja dan belajar. Azila dan adiknya, Sarah yang belajar berhampiran dengan mereka.

                 Kerja menyapu dedaun kering yang bertaburan di atas tanah diteruskan menjelang ba’da lohor. Cuaca panas mulai mengeringkan tekak Haji Hashim. Peluh yang mencurah-curah membasahi baju pagoda berwarna putih itu. Terlantar beliau kepenatan di sebuah bangsal yang dijadikan tempat beristirahat dan solat.

                 Sayup-sayup kedengaran namanya dipanggil dari jauh. Beliau bangun lantas mencapai kacamata yang disangkut pada paku. Terkebil-kebil matanya memandang pemilik susuk tubuh 

Ulasan

  1. Assalamualaikum sahabat semua. Saya mengharapkan sebarang ulasan atau maklumbalas dari pembaca berkaitan karangan saya bolehlah disudahkan di ruangan ulasan ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca karangan saya.
    Semoga sahabat semua berada di dalam keadaan baik dan selamat

    BalasPadam
  2. Page ini sepatutnya semalam saya update, oleh kerana ada beberapa urusan diluar, page ini saya masukkan pada hari ini. (31/10/2017).
    Maaf di atas sebarang kesulitan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

(page 10)

ramping yang kurang jelas itu. Rupa-rupanya Azila dan Sarah yang membawa santapan tengah hari buatnya.                “Assalamualaikom abah…”, sapa Azila dan adiknya.               “Waalaikomusalam. Mana mak? Tak ikut ke? ”, kata Haji Hashim.              “Mak peninglah abah. Mak kirim salam kata abah, katanya makan biar sampai licin”, kata Sarah sambil ketawa kecil.              “Agak-agak abah tak boleh habiskan. Koranglah kena habiskan. Jom makan sekali”, balas Haji Hashim.                  Di sebalik ketegasan beliau di madrasah dan di rumah, masih tersimpan kemesraan dan senyuman manis untuk anak-anak. Beginilah masa yang sering diluangka...

Sinopsis (page 1)

             Farish Shamil memutuskan ikatan pertunangannya bersama Azila Hashim  yang setelah kehadiran sahabat karibnya Zarul Luqman yang turut menyimpan perasaan terhadap Azila. Farish berusaha menjernihkan keadaan dengan merahsiakan hal pertunangannya yang kian meretak itu daripada keluarga Haji Hashim.             Pelbagai kaedah telah digunakan Farish untuk menyatukan bekas tunangnya dan sahabat karibnya.  Kemelut percintaan dan persahabatan yang di alaminya membuatkan Farish mengorbankan perhubungannya yang sekian lamanya menjadi sebuah sejarah silam.  “Kisah yang lalu menjadi pengajaran yang bermakna buat kita. Kini, kita hanya ditakrifkan sebagai seorang sahabat. Walaupun begitu aku akan sentiasa ada untuk kau. Aku mahu kau tahu yang aku hargai segala pengorbanan kau di atas cinta ini dan inilah masanya aku berkorban demi menyatukan kau dan dia. Kisah ini bukan sekada...

(Page 3)

                  Sejak dari awal persekolahan lagi mereka merupakan sahabat karib yang sering bersama ke mana-mana sahaja. Namun begitu, Aimar bukanlah sahaja kawan yang Farish ada. Malah ramai lagi kawan yang akrab kerana sifatnya mudah mesra dan peramah.                  Tidak hairanlah sekiranya anak muda ini memiliki ramai kawan kerana sifat murninya membuatkan rakan di sekelilingnya berasa selesa mendekatinya.                 Farish merupakan seorang penuntut di sebuah sekolah menengah berasrama di Taiping, Perak yang dulunya pernah di jadikan pesantren masyarakat di situ. Sekolah ini merupakan sekolah menengah yang ke dua buatnya setelah 4 tahun menuntut di sebuah madrasah di Gontor, Indonesia.              ...