Lalu kedengaran azan asar berkumandang
di corong-corong masjid memecah sepi suasana kampung itu pada senja yang
mendung ini.
Suara yang mendayu-dayu itu
menimbulkan rasa takjub yang sukar didambarkan dalam hati seorang insan yang
bernama hamba.
Di kejauhan, terlihat beberapa
remaja belasan tahun penghuni asrama Dato’ Maharajalela mula memenuhi musolla
asrama itu bagai burung pulang ke sarang.
“Iqamat,iqamat…”
“Allahu Akbar Allahu Akbar, Asyhadualailahailallah……..
Lailahaillallah”, lalu imam mula mengangkat takbiratul ihram.
Lailahaillallah”, lalu imam mula mengangkat takbiratul ihram.
Semua pelajar menunaikan solat
berjemaah yang diimami oleh ketua asrama. Hati
Farish bagaikan runtuh menadah tangan memohon ampun di atas segala
kekilafannya terhadap manusia dan tuhannya.Matanya yang tertutup rapat membayangkan
dosa lepas yang seringkali menganggu pemikirannya. Membuatkan dirinya melamun
bagai sebuah tugu.
Wahai tuhan yang membolak balikkan
hatiku,
Sesungguhnya
hambamu ini penuh dengan dosa dan noda,
Aku tidak mampu menepis segala cabaran yang aku tempuhi dan seringkali
aku abaikan tanggungjawabku sebagai seorang hamba kepadamu,
ya Allah, Apalah kiranya kau ampunkan segala dosaku,
dosa kedua ibu bapaku,guru-guru,
rakan-rakan seterusnya umat muslimin dan muslimat yang masih hidup atau yang sudah di kau ambilnya kembali.
Ya Allah, aku ini lemah,
rakan-rakan seterusnya umat muslimin dan muslimat yang masih hidup atau yang sudah di kau ambilnya kembali.
Ya Allah, aku ini lemah,
Kau
berikanlah aku kekuatan agar dapat aku teruskan kehidupan ini dengan penuh
tabah dan yakin sentiasa di atas landasanmu… Amin ya rabbal alamin…
Farish mengesat air matanya yang
berlinangan. Sayu hatinya memikirkan dirinya seringkali jauh dari sang pencipta
akibat kelalaian duniawi lalu terus keluar dari musolla.
“Amal di kala hidup pun masih
belum lagi cukup. Hanya tabungan di bank sahaja berlipat ganda”, masih bermain
di fikiran Farish terhadap keluhannya di hadapan pencipta.
Lamunannya
terhenti untuk kedua kalinya setelah disergah oleh Zarul yang berkain pelekat
sambil bersandar di pondok pengawal berhampiran musolla. Mulutnya
terkumat-kamit membaca sesuatu sementara relingan matanya tepat pada Farish
yang tertunduk-tunduk mencari selipar di luar musolla.
Assalamualaikum sahabat semua. Saya mengharapkan sebarang ulasan atau maklumbalas dari pembaca berkaitan karangan saya bolehlah disudahkan di ruangan ulasan ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca karangan saya.
BalasPadamSemoga sahabat semua berada di dalam keadaan baik dan selamat.