Langkau ke kandungan utama

(Page 5)

                 Lalu kedengaran azan asar berkumandang di corong-corong masjid memecah sepi suasana kampung itu pada senja yang mendung ini.

                 Suara yang mendayu-dayu itu menimbulkan rasa takjub yang sukar didambarkan dalam hati seorang insan yang bernama hamba.

                 Di kejauhan, terlihat beberapa remaja belasan tahun penghuni asrama Dato’ Maharajalela mula memenuhi musolla asrama itu bagai burung pulang ke sarang.
               “Iqamat,iqamat…”
              “Allahu Akbar Allahu Akbar, Asyhadualailahailallah……..
                Lailahaillallah
”,
lalu imam mula mengangkat takbiratul ihram.

                Semua pelajar menunaikan solat berjemaah yang diimami oleh ketua asrama. Hati  Farish bagaikan runtuh menadah tangan memohon ampun di atas segala kekilafannya terhadap manusia dan tuhannya.Matanya yang tertutup rapat membayangkan dosa lepas yang seringkali menganggu pemikirannya. Membuatkan dirinya melamun bagai sebuah tugu.

Wahai tuhan yang membolak balikkan hatiku, 
Sesungguhnya hambamu ini penuh dengan dosa dan noda, 
Aku tidak mampu menepis segala cabaran yang aku tempuhi dan seringkali aku abaikan tanggungjawabku sebagai seorang hamba kepadamu, 
ya Allah, Apalah kiranya kau ampunkan segala dosaku, 
dosa kedua ibu bapaku,guru-guru,
rakan-rakan seterusnya umat muslimin dan muslimat yang masih hidup atau yang sudah di kau ambilnya kembali.
Ya Allah, aku ini lemah, 
Kau berikanlah aku kekuatan agar dapat aku teruskan kehidupan ini dengan penuh tabah dan yakin sentiasa di atas landasanmu… Amin ya rabbal alamin

              Farish mengesat air matanya yang berlinangan. Sayu hatinya memikirkan dirinya seringkali jauh dari sang pencipta akibat kelalaian duniawi lalu terus keluar dari musolla.
               
             “Amal di kala hidup pun masih belum lagi cukup. Hanya tabungan di bank sahaja berlipat ganda”, masih bermain di fikiran Farish terhadap keluhannya di hadapan pencipta. 
      

                Lamunannya terhenti untuk kedua kalinya setelah disergah oleh Zarul yang berkain pelekat sambil bersandar di pondok pengawal berhampiran musolla. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu sementara relingan matanya tepat pada Farish yang tertunduk-tunduk mencari selipar di luar musolla.

Ulasan

  1. Assalamualaikum sahabat semua. Saya mengharapkan sebarang ulasan atau maklumbalas dari pembaca berkaitan karangan saya bolehlah disudahkan di ruangan ulasan ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca karangan saya.
    Semoga sahabat semua berada di dalam keadaan baik dan selamat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

(page 10)

ramping yang kurang jelas itu. Rupa-rupanya Azila dan Sarah yang membawa santapan tengah hari buatnya.                “Assalamualaikom abah…”, sapa Azila dan adiknya.               “Waalaikomusalam. Mana mak? Tak ikut ke? ”, kata Haji Hashim.              “Mak peninglah abah. Mak kirim salam kata abah, katanya makan biar sampai licin”, kata Sarah sambil ketawa kecil.              “Agak-agak abah tak boleh habiskan. Koranglah kena habiskan. Jom makan sekali”, balas Haji Hashim.                  Di sebalik ketegasan beliau di madrasah dan di rumah, masih tersimpan kemesraan dan senyuman manis untuk anak-anak. Beginilah masa yang sering diluangka...

Sinopsis (page 1)

             Farish Shamil memutuskan ikatan pertunangannya bersama Azila Hashim  yang setelah kehadiran sahabat karibnya Zarul Luqman yang turut menyimpan perasaan terhadap Azila. Farish berusaha menjernihkan keadaan dengan merahsiakan hal pertunangannya yang kian meretak itu daripada keluarga Haji Hashim.             Pelbagai kaedah telah digunakan Farish untuk menyatukan bekas tunangnya dan sahabat karibnya.  Kemelut percintaan dan persahabatan yang di alaminya membuatkan Farish mengorbankan perhubungannya yang sekian lamanya menjadi sebuah sejarah silam.  “Kisah yang lalu menjadi pengajaran yang bermakna buat kita. Kini, kita hanya ditakrifkan sebagai seorang sahabat. Walaupun begitu aku akan sentiasa ada untuk kau. Aku mahu kau tahu yang aku hargai segala pengorbanan kau di atas cinta ini dan inilah masanya aku berkorban demi menyatukan kau dan dia. Kisah ini bukan sekada...

(Page 3)

                  Sejak dari awal persekolahan lagi mereka merupakan sahabat karib yang sering bersama ke mana-mana sahaja. Namun begitu, Aimar bukanlah sahaja kawan yang Farish ada. Malah ramai lagi kawan yang akrab kerana sifatnya mudah mesra dan peramah.                  Tidak hairanlah sekiranya anak muda ini memiliki ramai kawan kerana sifat murninya membuatkan rakan di sekelilingnya berasa selesa mendekatinya.                 Farish merupakan seorang penuntut di sebuah sekolah menengah berasrama di Taiping, Perak yang dulunya pernah di jadikan pesantren masyarakat di situ. Sekolah ini merupakan sekolah menengah yang ke dua buatnya setelah 4 tahun menuntut di sebuah madrasah di Gontor, Indonesia.              ...