Langkau ke kandungan utama

Sinopsis (page 1)


            Farish Shamil memutuskan ikatan pertunangannya bersama Azila Hashim  yang setelah kehadiran sahabat karibnya Zarul Luqman yang turut menyimpan perasaan terhadap Azila. Farish berusaha menjernihkan keadaan dengan merahsiakan hal pertunangannya yang kian meretak itu daripada keluarga Haji Hashim.

            Pelbagai kaedah telah digunakan Farish untuk menyatukan bekas tunangnya dan sahabat karibnya. Kemelut percintaan dan persahabatan yang di alaminya membuatkan Farish mengorbankan perhubungannya yang sekian lamanya menjadi sebuah sejarah silam.

 “Kisah yang lalu menjadi pengajaran yang bermakna buat kita. Kini, kita hanya ditakrifkan sebagai seorang sahabat. Walaupun begitu aku akan sentiasa ada untuk kau. Aku mahu kau tahu yang aku hargai segala pengorbanan kau di atas cinta ini dan inilah masanya aku berkorban demi menyatukan kau dan dia. Kisah ini bukan sekadar omongan kosong, bukan juga sebuah hikayat dogeng tapi ia merupakan memori indah yang sukar untuk aku lupakan. Aku harap kau akan menerimanya dengan sepenuh hati kerana dialah pilihan kau selama ini…”
                  Diari 14/8/2010
          
             Badut di hari tersebut cukup membuktikan cinta dan kesetiaan Farish kepada Azila. Di sebalik tampak wajah badut yang mengukir senyuman yang menghiburkan ramai orang, terselindung duka dan kekecewa hati seorang lelaki yang setia.

Ulasan

  1. Assalamualaikum sahabat semua. Saya mengharapkan sebarang ulasan atau maklumbalas dari pembaca berkaitan karangan saya bolehlah disudahkan di ruangan ulasan ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca karangan saya.
    Semoga sahabat semua berada di dalam keadaan baik dan selamat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

(page 10)

ramping yang kurang jelas itu. Rupa-rupanya Azila dan Sarah yang membawa santapan tengah hari buatnya.                “Assalamualaikom abah…”, sapa Azila dan adiknya.               “Waalaikomusalam. Mana mak? Tak ikut ke? ”, kata Haji Hashim.              “Mak peninglah abah. Mak kirim salam kata abah, katanya makan biar sampai licin”, kata Sarah sambil ketawa kecil.              “Agak-agak abah tak boleh habiskan. Koranglah kena habiskan. Jom makan sekali”, balas Haji Hashim.                  Di sebalik ketegasan beliau di madrasah dan di rumah, masih tersimpan kemesraan dan senyuman manis untuk anak-anak. Beginilah masa yang sering diluangka...

(Page 3)

                  Sejak dari awal persekolahan lagi mereka merupakan sahabat karib yang sering bersama ke mana-mana sahaja. Namun begitu, Aimar bukanlah sahaja kawan yang Farish ada. Malah ramai lagi kawan yang akrab kerana sifatnya mudah mesra dan peramah.                  Tidak hairanlah sekiranya anak muda ini memiliki ramai kawan kerana sifat murninya membuatkan rakan di sekelilingnya berasa selesa mendekatinya.                 Farish merupakan seorang penuntut di sebuah sekolah menengah berasrama di Taiping, Perak yang dulunya pernah di jadikan pesantren masyarakat di situ. Sekolah ini merupakan sekolah menengah yang ke dua buatnya setelah 4 tahun menuntut di sebuah madrasah di Gontor, Indonesia.              ...