Sejak dari awal persekolahan
lagi mereka merupakan sahabat karib yang sering bersama ke mana-mana sahaja.
Namun begitu, Aimar bukanlah sahaja kawan yang Farish ada. Malah ramai lagi kawan
yang akrab kerana sifatnya mudah mesra dan peramah.
Tidak hairanlah sekiranya anak
muda ini memiliki ramai kawan kerana sifat murninya membuatkan rakan di
sekelilingnya berasa selesa mendekatinya.
Farish merupakan seorang penuntut di
sebuah sekolah menengah berasrama di Taiping, Perak yang dulunya pernah di
jadikan pesantren masyarakat di situ. Sekolah ini merupakan sekolah menengah
yang ke dua buatnya setelah 4 tahun menuntut di sebuah madrasah di Gontor,
Indonesia.
Sewaktu fajar menjelma di sebelah timur,
bunyi nyaring jam pengera Farish menggegarkan suasana desa yang permai ini. Farish
menggeliat sakan badannya sambil mencapai tuala berwarna hijau bercorak beruang
dan kain basahan yang terampai di hujung katilnya lalu menuju ke bilik mandi
tidak jauh dari biliknya seperti kebiasaan sebelum ke sekolah yang hanya
setengah batu dari rumah sewanya.
Tertera di almarinya memo yang tertulis namanya sebagai wakil
sekolah bagi perbahasan peringkat negeri yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Sebagai persiapannya, Farish sering pulang lewat dari sekolah selepas waktu
persekolahan untuk latihan perbahasan bersama Aimar.
Cikgu Azizah sering memantau
dan mengajar Farish dalam berbahas. Farish sering menjadikan guru kesayangannya
itu sebagai pendorongnya untuk terus bergiat aktif dalam bidang perbahasan. Oleh kerana Farish amat mencintai akan alam sekeliling, sebuah tasik yang diberi nama Tasik Permai menjadi kunjungan Farish untuk praktis perbahasan secara bersendirian. Senang cerita Aimar akan tahu ke mana Farish pergi apabila ketiadaanya di rumah.
“Kau tak bosan ke lepak kat sini
setiap hari?”, soal Aimar yang berpeluh yang baru sahaja selesai sesi latihan
bola tampar di gelanggang sekolah.
“Lepak sini tak bosan. Yang
membosankan aku tu kau!
Nak buat macam mana, cikgu nak aku jugak, by hook or by crook buat jelah.
Nak catch up SPM lagi”, kata Farish sambil menggulung teks perbahasan.
Nak buat macam mana, cikgu nak aku jugak, by hook or by crook buat jelah.
Nak catch up SPM lagi”, kata Farish sambil menggulung teks perbahasan.
Mereka pun berlalu meninggalkan tasik yang
penuh dengan kehijauan pohon di sekitarnya bagaikan syurga bagi mata yang
memandang. Airnya yang jernih, pokok yang rimbun sebagai tempat berteduh dan
yang paling penting di situ jauh dari kekusutan seperti di bandar.
Di sinilah Farish selalu melepaskan segala
kepenatan dan kekusutan yang menyelubungi dirinya.
“Aduh, boleh tahanlah penat hari
ni…”, rungut Aimar.
“Eh, kau pulak yang merungut!
Habis, aku ni setiap hari asyik melangut teks yang tak habis-habis serabutkan
otak aku ni…”, balas Farish sambil mencuit perut Aimar.
Assalamualaikum sahabat semua. Saya mengharapkan sebarang ulasan atau maklumbalas dari pembaca berkaitan karangan saya bolehlah disudahkan di ruangan ulasan ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca karangan saya.
BalasPadamSemoga sahabat semua berada di dalam keadaan baik dan selamat.