Bintang yang berkelipan
menerangi langit biru suram tanpa raut wajah purnama. Sentiasa akan menenangkan
perindunya.Terlamun jauh akan dirinya terhadap
keindahan fatamorgana malam.
Semenjak dari kecilnya sudah
terdidik akan penghayatan simfoni alam agar menambahkan keyakinannya terhadap
kewujudan penciptanya.
Terhenti
lamunan jauh Farish apabila di kejutkan oleh sahabat karibnya Aimar.
“Kau ni aku tengok siang malam mengelamun
je…Farish,”do you have any problem?”,
kata Aimar yang bersandar di muka pintu.
“Ada kau Mar, tak ada apelah. Aku
bosan je…eh-eh, tak keluar pulak kau malam-malam ni? Selalunya muka kau lah
yang paling awal hilang...” kata Farish yang tercongok di jendela.
“Aku pulak? Jomlah keluar, kau ni
mendap je duduk kat dalam bilik ni…”, Aimar mengeleng-gelengkan kepalanya
sambil memerhatikan gelagat Farish.
“Yela-yela…jom la. Syaratnya foot my bill ye…”, Farish tertawa.
“Banyaklah kau punya foot…Sudah, jangan
banyak cakap, jom keluar aku belanja tapi nasi goreng biasa dah la…”, usik
Aimar sambil membelek dompet berjenama Alain Delon buatan Amerika hadiah hari
lahirnya yang ke 17 tahun kelmarin.
Setelah selesai melepaskan hajat sahabatnya yang meraung kelaparan seperti sebulan tidak makan. Mereka pulang ke rumah dengan membawa satu bungkusan yang di dalamnya terkandung seekor ikan kembung rebus untuk diberikan kepada kucing milik Farish.
Asalnya kucing itu diambil dari sebuah pasar yang tidak jauh dari kedai makan yang selalu mereka menghabiskan masa dan mengisi kekosongan perut di lewat malam.
Setelah tiba di rumah, perlahan-lahan Farish
merebahkan tubuhnya di atas katil. Buku latihan sejarah tingkatan lima dikeluarkan dari beg galas sambil melunjurkan kaki ke muka pintu. Rumah sewa
mereka agak luas dan cukup selesa.
Rumah papan yang beratapkan
zink ini pernah didiami oleh senior mereka. Nyamannya udara di sini kerana
dikelilingi kebun-kebun dan pokok-pokok yang rimbun. Siapa tidak kenal dengan
keindahan desa di kawasan tadahan hujan ini.
“Dei brother kau sembang ape ni? Jom la makan dulu. Kang kita study la sama-sama…”, marah Aimar
kepada Farish sambil menepuk-nepuk dahi.
Assalamualaikum sahabat semua. Saya mengharapkan sebarang ulasan atau maklumbalas dari pembaca berkaitan karangan saya bolehlah disudahkan di ruangan ulasan ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca karangan saya.
BalasPadamSemoga sahabat semua berada di dalam keadaan baik dan selamat.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam